28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Jurukimpal mengaku tak bersalah rogol remaja OKU lembam

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG jurukimpal didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) lembam di sebuah rumah tahun lalu.

Memetik laporan Kosmo, tertuduh, Mohd. Zul Amri Mohamed, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol seorang remaja perempuan yang ketika itu berusia 18 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Gunong, Bachok kira-kira pukul 4.45 petang pada 27 Jun tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fariz Abdul Hamid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Ahmad Fariz tidak menawarkan sebarang jaminan kerana tertuduh melakukan kesalahan serius selain polis menghadapi kesukaran untuk menangkap Mohd. Zul Amri untuk menjalankan siasatan sebelum ini.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 23 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

-EDISI9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan