28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Motosikal terbabas, seorang maut, dua parah di LEKAS

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki berusia 27 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangi hilang kawalan sebelum terbabas melanggar penghadang besi di Kilometer 29.8 Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) arah Seremban ke Nilai, Negeri Sembilan, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pada masa sama dua orang lelaki lain masing-masing berusia 26 dan 27 tahun yang menunggang motosikal dari arah sama cuba mengelak mangsa namun terbabas lalu terjatuh di atas jalan.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Muhamad Luqmanul Hakim Abdul Hadi, 27, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala Muhammad Tat Termizi Yusof, 26, dan Muhammad Faris Ahmad Pauzi, 27, mengalami kecederaan parah pada bahagian muka dan tangan.

“Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam telah berlaku satu kemalangan maut melibatkan tiga buah motosikal jenis yang sama iaitu Yamaha Y15,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Fazley berkata, Muhamad Luqmanul Hakim yang menunggang motosikal dari arah Seremban menghala ke Kuala Lumpur telah hilang kawalan, lalu melanggar penghadang jalan di sebelah kanan lebuh raya.

“Susulan itu, Muhammad Tat Termizi dan Muhammad Faris yang datang arah sama cuba mengelak mangsa lalu terbabas jatuh di atas jalan.

Menurutnya, Muhammad Tat Termizi dan Muhammad Faris yang mengalami kecederaan parah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk menerima rawatan lanjut, manakala mayat Muhamad Luqmanul Hakim dibawa ke Unit Forensik hospital yang sama untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-EDISI9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan