25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Rentas daerah di Sabah mulai esok, rentas negeri 1 November

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN negeri Sabah akan membenarkan pergerakan rentas daerah bermula esok manakala pergerakan rentas negeri pulan bermula 1 November ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira kadar vaksinasi penduduk yang lengkap divaksin yang mencapai 70 peratus pada Isnin.

“Kerajaan negeri berpuas hati dengan laporan peratusan vaksinasi lengkap di Sabah setakat 11 Oktober oleh Jawatankuasa Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) yang telah mencapai lebih 70 peratus,” katanya selepas mesyuarat Kabinet Negeri di Menara Kinabalu hari ini, lapor Utusan Online.

Kebenaran pergerakan merentas daerah dan negeri ini diberikan kepada individu yang telah lengkap divaksin dan remaja berumur 12 hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, mereka harus ditemani oleh ibu bapa yang lengkap divaksin.

Advertisements

Untuk pergerakan rentas negeri pula, semua individu perlu menjalani ujian saringan Transkripsi Balikan-Tindak balas Berangkai Polimerase (RT-PCR) atau Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) dalam tempoh tiga hari sebelum perjalanan.

Pada 5 Oktober lalu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun menyatakan individu yang lengkap divaksin tidak perlu lagi menjalani kuarantin wajib untuk masuk ke Sabah.

Pada Ahad, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran rentas negeri seluruh negara bermula 11 Oktober.

Walau bagaimanapun, Sabah belum membenarkan pergerakan rentas negeri bermula Isnin berikutan kadar vaksinasi penduduk dewasa yang lengkap divaksin masih rendah.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan