24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PRN Melaka: BN utamakan muka baharu – Zahid

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan mengutamakan muka-muka baharu dan dapat menggamit sokongan pengundi dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka, sekiranya diadakan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagaimanapun buat masa sekarang masih terlalu awal untuk memuktamadkan soal calon.

Walau pun begitu, beliau yang juga Presiden UMNO berkata, pihaknya tidak boleh menyekat usaha-usaha dilakukan untuk mengenal pasti bakal-bakal calon yang akan diketengahkan oleh BN.

“Kita tunggu keputusan dibuat oleh Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) dengan nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Maka pada hemat saya terlalu awal untuk kita muktamadkan calon-calon yang akan diketengahkan jika ada pilihan raya negeri.

Advertisements

“Pegangan saya muka baharu, yang dapat memberi harapan baharu dan menggamit pengundi harus diketengahkan untuk meningkatkan kelainan dalam pilihan raya kali ini,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan hari ini setelah cadangan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali diterima oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam.

Pembubaran DUN itu dibuat setelah empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyatakan hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri dan kerajaan negeri Melaka.

Mengenai ADUN-ADUN BN yang mengkhianati kerajaan yang dipimpin parti itu, Zahid berharap mereka bersedia menerima tindakan daripada parti iaitu surat pemecatan sebagai ahli.

Katanya, sepertimana berlaku di peringkat nasional dan beberapa negeri, ketaatsetiaan mana-mana wakil rakyat BN sama ada Parlimen atau ADUN hendaklah kepada parti, apatahlah jika kerajaan itu dinakhodai oleh UMNO dan BN. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan