30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Melaka tiada kerajaan untuk diisytihar darurat

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Pengisytiharan darurat di Melaka bagi mengelak diadakan pilihan raya negeri (PRN) mungkin menghadapi masalah memandangkan negeri itu sekarang tidak mempunyai kerajaan.

Pakar geostrategik, Prof Dr Azmi Hassan berkata, hal ini berbeza dengan Sarawak kerana negeri tersebut masih mempunyai kerajaan yang utuh di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Justeru, beliau berkata, PRN Melaka tidak dapat dielak dan ia juga adalah jalan terbaik untuk membentuk sebuah kerajaan negeri yang lebih stabil.

“Masalahnya Melaka memerlukan kerajaan, Sarawak berbeza sebab kerajaannya masih utuh. Saya tidak pasti dari segi perundangan, sama ada kerajaan caretaker (boleh berfungsi) jika darurat diisytihar di Melaka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, sekiranya kerajaan baharu ditubuhkan tanpa melalui PRN maka perkara sama akan sentiasa berulang.

Ini kerana majoriti yang ada termasuk di pihak Pakatan Harapan (PH) adalah terlalu kecil dan ketidakstabilan kerajaan amat nyata.

Advertisements

Justeru, katanya, PRN boleh dilaksanakan pada masa kini tetapi perlu belajar daripada kesilapan PRN Sabah dahulu dalam hal pandemik.

“Kemungkinan PRN tidak dapat dielak, keputusan tidak boleh diletak kepada 28 ADUN Melaka kerana mereka membuat keputusan yang tidak rasional.

“Inilah yang berlaku hari ini, keputusan harus diberikan kepada rakyat (memilih kerajaan baharu),” katanya.

Sehubungan itu, Azmi menyarankan agar sempadan negeri Melaka terus ditutup sehingga PRN diadakan dan selepas sebuah kerajaan yang stabil dibentuk, baharulah ia dibuka kepada pelancong luar.

Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh hari ini membubarkan dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam bersetuju dengan cadangan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali setelah empat ADUN menyatakan hilang kepercayaan mereka terhadap kerajaan negeri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan