25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PN juga belum putuskan kerjasama dengan UMNO, BN

Mesti Baca

PERIKATAN Nasional (PN) belum membuat keputusan berhubung bentuk kerjasama dengan rakan politik lain termasuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Beliu berkata, parti-parti komponen PN iaitu Bersatu, Pas dan Gerakan akan mengadakan perbincangan bersama rakan politik lain untuk membentuk kerjasama itu.

“Dalam tempoh terdekat ini, kita akan umumkan bagaimana bentuk kerjasama yang akan kita adakan bagi menghadapi PRN Melaka,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Gempur PN Melaka di Bandar Melaka hari ini.

Turut hadir, Naib-naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee, Datuk Rafiq Naizamohideen dan Datuk Dr Radzi Md Jidin serta Naib Presiden PAs, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam majlis di Masjid Tanah, Melaka berkata, pihaknya belum memutuskan secara rasmi kerjasama parti itu dengan rakan politik lain terutama Pas bagi menghadapi PRN Melaka pada 20 November ini.

Advertisements

Beliau berkata, perkara itu akan diputuskan menerusi mesyuarat tiga peringkat iaitu Biro Politik, Majlis Tertinggi UMNO dan Dewan Tertinggi BN.

Sebelum itu dalam satu wawancara, Presiden UMNO itu membayangkang UMNO dan BN akan bertanding secara solo tanpa kerjasama dengan mana-mana parti termasuk Pas dalam PRN Melaka.

Sementara itu, Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, tidak timbul isu perpecahan dalam PN Melaka meskipun kerjasama bersama UMNO belum diputuskan.

Malah, katanya, kerjasama politik yang berlaku di peringkat Pusat boleh dipraktikkan pada PRN kelak.

“Jika di peringkat Pusat kerjasama boleh dibentuk, ini bermakna di semua negeri juga ia boleh direalisasikan.

“Tidak timbul sebarang perselisihan, malah jalinan kerjasama politik bersama UMNO sebagaimana di peringkat Pusat mampu dipraktikkan dalam PRN Melaka,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan