31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

1,365 tambahan dos penggalak diberikan setakat semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 1,365 dos penggalak vaksin COVID-19 diberikan kepada kumpulan sasar dengan jumlah kumulatif terkini mencecah 32,121 berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, semalam.

Sementara, sebanyak 134,684 suntikan vaksin diberikan, semalam, yang membawa kepada jumlah kumulatif 48,181,111 dos.

Angka harian vaksinasi itu turut membabitkan 118,575 lengkap divaksin dan 14,744 bagi suntikan satu dos.

Ini sekali gus menjadikan 23,052,952 atau 70.6 peratus populasi keseluruhan di negara ini lengkap vaksinasi, setakat semalam.

Dalam pada itu, 77. 3 pula belum lengkap divaksin dan 22.7 peratus lagi tiada vaksinasi.

Mengenai perkembangan jangkitan COVID-19 pula, 5,733 kes harian dilaporkan, semalam, dengan 69 kematian.

Jumlah keseluruhan korban telah mencecah 28,062 kes, dengan 5,666 kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Bagaimanapun, kes aktif terus menunjukkan penurunan dengan 3,257 kes dilaporkan.

Secara keseluruhannya, kadar penggunaan alat bantuan pernafasan di seluruh negara mencecah 40.3 peratus atau 347 kes; kes aktif di unit rawatan rapi (61.5 peratus atau 679 kes); dan pesakit COVID-19 diwadkan (66.8 peratus atau 1,880 kes).-Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan