31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Kes harian, kematian, penggunaan katil tunjuk tren penurunan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan pelaporan kes harian, jumlah kematian, kapasiti penggunaan katil COVID-19 di hospital, dan Unit Rawatan Rapi (ICU) terus menunjukkan tren penurunan pada ME ke-41.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tren positif ini selari dengan peningkatan liputan vaksinasi COVID-19 di Malaysia yang menjadikan aktiviti pembukaan semula pelbagai sektor secara terancang melalui inisiatif reopening safely lebih meyakinkan.

Beliau bberkata, berdasarkan indikator-indikator jangkitan COVID-19 pada ME ke-41 iaitu dari 10 Oktober 2021 sehingga 16 Oktober lalu, kes baharu COVID-19 menunjukkan penurunan sebanyak 17.9 peratus iaitu daripada 63,722 kes (ME ke-40)kepada 52,321 kes (ME ke-41).

“Namun begitu, jumlah kes baharu COVID-19 bagi negeri Selangor, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Kuala Lumpur mulai menunjukkan tren mendatar.

“Purata kes aktif menunjukkan penurunan sebanyak 21.0 peratus iaitu daripada 133,450 kes (ME ke-40)kepada 105,497 kes (ME ke-41).

“Dalam pada itu, kes kematian menunjukkan penurunan sebanyak 15.3 peratus iaitu daripada 700 kes (ME ke-40)kepada 593 kes (ME ke-41).

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula menunjukkan penurunan 12.0 peratus iaitu 778 kes (ME ke-40)kepada 684 kes (ME ke-41);

“Manakala, kes yang memerlukan bantuan pernafasan menunjukkan penurunan 11.9 peratus iaitu 331 kes (ME ke-40)kepada 292 kes (ME ke-41); dan nilai RT kekal stabil sekitar nilai 0.80 – 0.90,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 83 kluster yang dilaporkan pada ME ke-41 yang terdiri 37 (44.6 peratus) kluster tempat kerja dan sebanyakn25 (30.1 peratus) kluster komuniti.

“Selain itu, sebanyak 10 (12.1 peratus) kluster pusat pendidikan ; sembilan (10.8 peratus) kluster kumpulan berisiko tinggi dan
satu (1.2 peratus) kluster pusat tahanan,” katanya.

Advertisements

Sementara itu, berhubung vaksinasi pula, menurut beliau, sehingga 16 Oktober 2021, sejumlah 25,079,220 individu telah mendaftar bagi mendapatkan vaksinasi COVID-19.

“Sebanyak 91.5 peratus daripada populasi dewasa telah menerima suntikan vaksin COVID-19 lengkap. Manakala, sebanyak 67.8 peratus daripada keseluruhan penduduk telah menerima suntikan vaksin COVID-19 lengkap,” katanya.

Jelas beliau lagi, KKM telah memperuntukkan 29,809 katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), 15,653 buah katil wad biasa, 1,400 katil wad ICU, dan 2,863 alat bantuan pernafasan bagi merawat pesakit COVID-19, kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

“Penggunaan katil di PKRC dan wad serta alat bantuan pernafasan menunjukkan tren penurunan sekitar 1 hingga 3 peratus pada ME ke –41 berbanding ME ke-40.

“Walaupun, perkembangan COVID-19 semasa terus menunjukkan tren penurunan, KKM ingin mengingatkan masyarakat untuk kekal mengamalkan tindakan kesihatan awam kendiri dengan penuh disiplin.

“Setiap individu bertanggungjawab memelihara kesihatan mereka, keluarga, dan masyarakat sekeliling.

“Inisiatif menjalankan ujian kendiri sangat digalakkan apabila seseorang individu bergejala dan/atau sebelum melakukan perjalanan pulang ke kampung halaman bagi melindungi orang lain di sekeliling. Tingkatkan penilaian kendiri TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, and Seek), “katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, KKM juga akan sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan lonjakan kes di masa hadapan. Antara lain adalah dengan menubuhkan National Rapid Response Task Force yang akan digerakkan ke negeri yang menghadapi lonjakan kes COVID-19.

“Task force ini akan menjalankan penilaian risiko dan mencadangkan strategi yang bersesuaian seperti penambahan kapasiti hospital, mobilisasi sumber tenaga petugas kesihatan, dan tindakan kesihatan awam yang bersesuaian di negeri atau kawasan terjejas.

“Melalui kaedah ini, persediaan yang lebih pantas dan efisien dapat disediakan di kawasan yang telah dikenalpasti dan seterusnya kes COVID-19 dapat dikawal daripada terus meningkat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan