29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Menteri Kewangan jawab pertanyaan Badjet 2022 untuk si bujang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan golongan bujang turut tidak terkecuali dalam mendapat bantuan yang disediakan dalam Badjet 2020.

Zafrul berkata, ucapan bajet berkenaan sebenarnya cuma sebahagian dari pelbagai bantuan yang disediakan untuk #KeluargaMalaysia.

“Ramai yang bertanya di media sosial, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ni tak ada ke untuk bujang?

“Ada. Ucapan Bajet tu sebenarnya cuma sebahagian dari pelbagai bantuan yang disediakan untuk #KeluargaMalaysia. Kalau nak kita senaraikan semua, sampai malam pun mungkin tak habis ucapan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya tadi.

Zafrul berkata, dalam #Bajet2022 terdapat bermacam-macam bantuan untuk semua lapisan masyarakat.

Bahkan beliau turut berkongsikan ringkasan Bantuan Keluarga Malaysia untuk rujukan semua di media sosialnya.

“InsyaAllah pencerahan lain akan menyusul,” kongsinya.

Dalam ringkasan tersebut turut dinyatakan golongan warga emas bujang atau tiada pasangan berpendapatan bawah RM5,000 akan mendapat bantuan sebanyak RM600.

Manakala, individu bujang berpendapatan bawah RM2,500 akan mendapat bantuan sebanyak RM350.

Terdahulu, Kerajaan memperkenalkan BKM dalam Belanjawan 2022 dengan peruntukan sebanyak RM8.2 biion yang dijangka memanfaatkan 9.6 juta penerima.

Peruntukan berkenaan merupakan peningkatan bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebanyak RM7 bilion yang sebelum ini memberi manfaat kepada 8.6 juta penerima sebelum ini. 

Zafrul berkata, menerusi bantuan tersebut, isi rumah yang berpendapatan kurang atau RM2,500 dan memiliki lebih tiga orang anak akan menerima bantuan sebanyak RM2,000 secara ‘one-off’. 

Kerajaan juga akan memberi bantuan tambahan sebanyak RM500 lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000.

Selain itu bantuan tambahan sebanyak RM300 lagi  turut diberikan kepada isu rumah warga emas.

Ini bermakna kepada ibu atau bapa tunggal yang memiliki tiga anak dan lebih, layak mendapat BKM maksimum RM2,500.

-EDISI9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan