24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 4, 2022

Semua pihak dapat manfaat Bajet 2020 – Ismail Sabri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan semua pihak mendapat manfaat daripada Bajet 2022 termasuklah penduduk desa, pekebun kecil, petani, mahasiswa serta anak muda, para peniaga, para ibu yang mencorakkan keluarga, para OKU yang istimewa, penjawat awam, hatta pendidikan anak-anak kecil.

Beliau berkata, #Bajet2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera adalah tanda keprihatinan kerajaan kepada rakyat secara keseluruhan.

“Alhamdulillah, pembentangan #Bajet2022 oleh Menteri Kewangan, YBM Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz petang tadi berjalan dengan lancar.

“Malah, penekanan besar turut diberikan untuk manfaat dan pembangunan rakyat di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya tadi.

Ismail Sabri berkata, sektor pendidikan menerima peruntukan terbesar dalam menjamin masa depan anak-anak kita dan masa depan negara.

“Kita juga bakal menerima liputan 5G dengan kadar capaian internet yang lebih meluas, sekaligus mempertingkatkan kualiti kehidupan rakyat dalam mendepani era digital.

Baca juga:   Prestasi perdagangan negara meningkat 29.3 peratus pada Jun

“Kesihatan rakyat juga terus dipertingkatkan termasuklah menangani isu kesihatan mental dan kebajikan barisan hadapan kesihatan lebih terbela,” katanya.

Menurut beliau lagi, keselamatan terus dipertingkatkan agar ahli Keluarga Malaysia dapat tidur lena dan kedaulatan negara terus terpelihara.

“Terima kasih kepada Keluarga Malaysia yang sememangnya dekat di hati saya atas segala lontaran idea dan pandangan dalam menyempurnakan Bajet 2022 ini.

“Insya-Allah, atas izin Allah Yang Maha Esa, kita akan dapat merealisasikan hasrat membangun semula negara kita dengan kebahagiaan yang lebih tersulam, dengan semangat Keluarga Malaysia,” katanya.

Baca juga:   Agong titah PRU-15 diadakan dalam tempoh terdekat

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Status warganegara anak ibu rakyat Malaysia fokus Azalina

STATUS kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu-ibu warganegara Malaysia antara tumpuan diberikan oleh Datuk Seri Azalina...

Lagi Artikel Berkaitan