29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Pelepasan khas cukai individu bagi pelancongan domestik

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN mengumumkan pelepasan khas cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan pelancongan domestik sehingga RM1,000 dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2022.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kita harus menikmati keindahan serta kepelbagaian destinasi pelancongan daripada taman eko rimba di Taman Eko Rimba Bukit Ayer di Perlis, warisan bersejarah di Kota A Famosa Melaka, pantai Teluk Cempedak di Pahang, Kampung Budaya di
Kota Kinabalu dan Gunung Santubong di Sarawak.

Malah menurutnya, Kerajaan akan menggiatkan lagi usaha pemulihan industri pelancongan kesihatan antarabangsa dengan kadar segera bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancongan kesihatan dengan
peruntukan RM 20 juta kepada Malaysia Healthcare Travel Council.

“Selanjutnya, Kerajaan bercadang untuk melanjutkan beberapa galakan cukai termasuk pengecualian cukai pendapatan kepada penganjur aktiviti kesenian dan kebudayaan serta pertandingan sukan dan rekreasi bertaraf antarabangsa sehingga tahun taksiran 2025.

“Pengecualian duti hiburan ke atas aktiviti hiburan termasuk taman tema dan panggung wayang di semua Wilayah Persekutuan dan pengecualian cukai pelancongan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2022,” katanya dalam pembentangan Bajet 2022 hari ini.

Selain itu, Zafrul berkata, pihak negeri juga disaran untuk memberi pengecualian duti hiburan bagi menyokong pemulihan sektor tersebut.

Manakala dalam merancakkan semula aktiviti industri kreatif, Zafrul berkata, agensi-agensi seperti FINAS, CENDANA dan MyCreative Ventures akan menggiatkan pelbagai inisiatif.

“Sejumlah RM188 juta disediakan antaranya untuk meneruskan pelbagai inisiatif seperti Dana Kandungan Digital, projek Kandungan Multimedia Digital, Insentif Filem, program Perkasa Modal Insan dan perlindungan PERKESO kepada golongan artis.

“Sebagai tambahan, pada tahun hadapan Kerajaan akan menjayakan Program Riuh Keluarga Malaysia melalui dana padanan pinjaman pelaburan berjumlah RM20 juta. Langkah ini dijangka memberi 5 ribu peluang pekerjaan baharu.

Selain itu menurut Zafrul, nama Upin dan Ipin, Ejen Ali dan Boboboi terkenal bukan sahaja di negara kita tetapi tersohor serantau Asia Tenggara.

“Bagi mengetengahkan lebih banyak animasi tempatan ke persada antarabangsa, Kerajaan memperuntukkan RM30 juta melalui Skim Padanan Pinjaman Pelaburan bagi inisiatif Platform Animasi Negara yang akan dikendalikan oleh MyCreative Ventures.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan