25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Bajet 2022: KPLB terima peruntukan RM10.53 bilion

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN menyalurkan peruntukan berjumlah
RM10.53 bilion kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi Belanjawan 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera semalam.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid ber sy kata, jumlah ini meliputi RM3.52 bilion peruntukan mengurus dan juga RM7.01 bilion peruntukan pembangunan.

“Jumlah ini adalah RM345 juta atau 3.39 peratus lebih tinggi daripada peruntukan 2021. Jumlah peruntukan ini boleh dianggap besar terutamanya dalam keadaan ekonomi negara yang masih lagi dalam peringkat pemulihan daripada pandemik COVID-19.

“Menerusi peruntukan ini, lebih banyak projek pembangunan yang dapat dilaksanakan di kawasan luar bandar bukan sahaja dari segi infrastruktur tetapi juga dari segi ekonomi dan modal insan.

“Ini seterusnya dapat menyokong pembangunan sosio-ekonomi serta mewujudkan persekitaran kehidupan luar bandar yang sejahtera seperti mana yang digariskan dalam Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, di bawah peruntukan pembangunan, sejumlah RM2.43 bilion bagi pembangunan infrastruktur asas di luar bandar seperti Bekalan Elektrik Luar Bandar, Bekalan Air Luar Bandar, Jalan Luar Bandar dan Jalan Perhubungan Desa.

“Jumlah ini adalah RM112.1 juta atau 4.81 peratus lebih tinggi jika dibandingkan dengan peruntukkan tahun 2021.

“Dalam usaha untuk merancakkan aktiviti ekonomi di luar bandar, sebanyak RM15.3 juta telah diperuntukkan untuk aktiviti keusahawanan luar bandar.

“Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 4.3 juta atau 39 peratus daripada peruntukan tahun 2021.

Advertisements

“Selain itu, bagi meningkatkan taraf kesejahteraan penduduk luar bandar, sebanyak RM384.1 juta telah diperuntukkan untuk Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di mana jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak RM9.1 juta atau 2.4 peratus daripada peruntukan tahun 2021,”katanya.

Menurutnya, KPLB amat mengalu-alukan peruntukkan bagi memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera khususnya dalam bidang pendidikan, ekonomi dan keusahawanan, yang turut memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar termasuk golongan belia dan wanita.

“Untuk tahun 2022, sebanyak RM2.01 bilion telah diperuntukkan untuk Program Penajaan Pendidikan MARA.

“Selaras dengan konsep kebersamaan Keluarga Malaysia, pembangunan Orang Asli tidak dipinggirkan di mana RM274 juta telah diperuntukkan untuk meningkatkan taraf hidup Orang Asli.

“Ini meliputi program pembangunan infrastruktur, ekonomi dan modal insan untuk memperkasa komuniti Orang Asli di Malaysia. Dalam hal ini, kadar wang saku murid Orang Asli di sekolah menengah dinaikkan daripada RM2.00 kepada RM4.00 sehari,” katanya.

Dalam pada itu, ujar beliau, KPLB juga menyambut baik peruntukan sebanyak RM699 juta untuk Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan RM495 juta bagi FELCRA yang akan memberi manfaat
kepada pekebun-pekebun kecil di bawah kedua-dua agensi berkenaan.

“Bagi menyokong usaha untuk menggalakkan pendidikan awal kanak-kanak terutamanya di luar bandar, Program Geran Per Kapita dan
Bantuan Makanan Tambahan masih lagi diteruskan pada tahun 2022 bagi dengan jumlah peruntukan sebanyak RM182.9 juta.

“KPLB akan memastikan supaya peruntukan yang disediakan ini dapat dimanfaatkan agar nikmat pembangunan dapat dikongsi bersama
Keluarga Malaysia dalam menggerakkan usaha pemulihan negara ke arah luar bandar sejahtera agar rakyat kembali makmur dalam norma
baharu,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan