27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Mara Liner tetap sediakan perkhidmatan di luar bandar

Mesti Baca

PADANG TERAP – Syarikat pengangkutan bas, Mara Liner Sdn. Bhd. (Mara Liner) akan terus melaksanakan tanggungjawab sosialnya menyediakan perkhidmatan di kawasan luar bandar walaupun mengalami penurunan penumpang kesan pandemik Covid-19.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, syarikat itu akan terus menyediakan perkhidmatan bas baharu dengan kadar tambang lama.

“Walaupun berhadapan penurunan jumlah penumpang pada 2020 dan tahun ini, Mara tetap komited membantu masyarakat luar bandar dalam menyediakan perkhidmatan bas harian setanding yang dinikmati penduduk di kawasan bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bas Baharu Mara Liner di Bengkel Mara Liner Kuala Nerang di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ramlan Harun dan Ketua Pengarah Mara, Datuk Azhar Abdul Manaf.

Menurut Mahdzir, seramai 12,000 penumpang menggunakan perkhidmatan bas Mara Liner berbanding 83,000 penumpang di seluruh negara pada 2019.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Terap memberitahu, penumpang tidak perlu bimbang menaiki bas Mara Liner kerana kesemua pemandunya telah lengkap menerima suntikan vaksin sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Advertisements

“Pada masa sama, penumpang yang ingin membeli tiket bas ekspres Mara Liner juga disyaratkan lengkap dua dos suntikan vaksin.”

Dalam pada itu Mahdzir berkata, Mara Liner sedia membantu memulihkan industri pelancongan memerusi perkhidmatan basnya.

Mara Liner menurutnya, menyediakan perkhidmatan sebanyak 174 perjalanan bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis, Perlis setiap minggu bagi membantu menjayakan projek rintis gelembung pelancongan Langkawi sejak 16 September lalu.

Katanya, bas ekspres itu turut mengambil penumpang dari Shah Alam sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis.

Perjalanan bas ekspres tersebut mendapat sambutan menggalakkan selepas kerajaan melancarkan gelembung pelancongan Langkawi.

“Mara Liner turut menyediakan perkhidmatan bas ekspres ke destinasi projek rintis gelembung pelancongan sebagai sokongan terhadap projek tersebut di bawah inisiatif Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan