25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Henti politik lompat parti, hormati titah Agong

Mesti Baca

PADANG TERAP – Ahli politik yang terlibat dalam gerakan menukar kepemimpinan kerajaan negeri Melaka dinasihatkan agar tidak tergesa-gesa bertindak melompat parti untuk mengelakkan krisis politik yang tidak berkesudahan.

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, seluruh kepemimpinan parti politik membabitkan kerajaan dan pembangkang perlu menghormati Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani di peringkat Pusat bagi mengelakkan berlaku suasana ‘kelam kabut’ politik seperti yang berlaku di Melaka ketika ini.

“Kita dengar titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong untuk kita menstabilkan keadaan politik, (supaya) membolehkan tumpuan kerajaan kepada pandemik COVID-19 dan pemulihan ekonomi, kita dengar apa yang dititahkan itu agar wujudkan collaboration (kerjasama dalam politik),” katanya selepas majlis penyerahan bas baharu MARA Liner di Kuala Nerang di sini hari ini.

Pada masa sama, Mahdzir turut mengingatkan ahli politik berkenaan memikirkan yang terbaik khususnya untuk mengekalkan kepemimpinan kerajaan negeri sedia ada yang diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali kerana Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mungkin akan diadakan tidak lama lagi.

Advertisements

Kerajaan Negeri Melaka dikatakan bergolak ekoran dakwaan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada kerajaan sekarang mahu meninggalkan blok tersebut.

Ekoran perkembangan itu, kerajaan negeri yang dibentuk hasil gabungan UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan wakil rakyat Bebas pada Mac tahun lalu kini berada dalam krisis.

Kerajaan negeri mempunyai 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pembangkang pula 11. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan