24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Ibu bapa perlu peka pengoperasian sekolah ikut fasa PPN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA TERENGGANU – Ibu bapa perlu peka dan teliti pengoperasian sekolah anak mereka mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang ditetapkan pada setiap negeri sepertimana yang diumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ini adalah bagi mengelakkan ada ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah esok.

Menurut beliau, sebagai contoh, pembukaan sekolah di Terengganu dan Kelantan yang bermula esok ini adalah secara berperingkat, tidak semua murid terus atau perlu hadir ke sekolah esok.

“Murid sekolah menengah yang akan hadir ke sekolah adalah murid kelas peperiksaan iaitu pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang hadir secara bergilir kecuali murid bagi sekolah berasrama yang tinggal di asrama sepenuhnya dan juga murid tingkatan 6 semester 2.

“Selain itu, murid berkeperluan khas juga akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran.

“Bagi murid sekolah rendah, bermula esok untuk negeri Fasa 3, murid yang hadir adalah murid prasekolah dan murid berkeperluan khas PPKI.

“Jadi bagi ibu bapa, kami memohon supaya meneliti dan melihat negeri dan fasa manakah sekolah anak-anak kita berada dan ikutilah ketetapan sebagaimana yang diumumkan KPM sebelum ini,” katanya.

Advertisements

Terdahulu, Dr Radzi telah mengadakan tinjauan di 10 buah sekolah di daerah Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu bagi melhat persiapan akhir sekolah-sekolah sebelum memulakan sesi persekolahan secara bersemuka mulai esok.

Sekolah yang dilawati adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Telemong, SMS Hulu Terengganu; Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu; SMK Seri Berang; SMK Tengku Ampuan Intan; SMK Tun Indera dan SMK Ajil. Turut dikunjungi adalah sekolah SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu, SM Sains Kuala Terengganu dan SMK Padang Midin Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, Dr Radzi berkata, masih ada sekolah tidak cakna dengan keperluan memastikan aspek pengudaraan berada ditahap optimum.

“Ini antara aspek utama yang boleh dan perlu ditambahbaik segera.

“Namun, secara umumnya kelas-kelas telah berada ditahap yang baik, namun masih ada sekolah-sekolah yang perlu membuat sedikit penambahbaikan bagi memastikan pengudaraan yang merupakan satu komponen penting dalam kita menghadapi pandemik COVID-19 berada di tahap optimum sebelum anak-anak kembali ke sekolah.

“InsyaAllah, apabila sekolah dibuka semula esok di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah serta lusa bagi negeri-negeri dalam kumpulan B mula memasuki sekolah, maka kita harapkan ia berjalan dengan teratur, tersusun dan lancar,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan