27.6 C
Kuala Lumpur
Friday, December 3, 2021

KKM luluskan dos penggalak vaksin keluaran Pfizer

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memberi kelulusan bersyarat bagi pemberian dos penggalak (booster) vaksin COVID -19 keluaran Pfizer iaitu Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection (Comirnaty).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, vaksin itu dikeluarkan Pfizer Manufacturing Belgium NV(Belgium) dan BioNTech Manufacturing GmbH, Germany.

“Kelulusan itu diberikan selepas Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-365 yang telah bersidang pada hari ini.

“Vaksin itu akan diberikan kepada penerima
sekurang-kurangnya selepas enam bulan dos kedua bagi golongan berumur 18 tahun dan ke atas.

“Vaksin Comirnaty sebelum ini telah diluluskan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu berumur 12 tahun dan ke atas pada 15 Jun lalu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, vaksin berkenaan adalah vaksin COVID -19 pertama yang diluluskan bagi penggunaan dos penggalak di negara ini.

Dr Noor Hisham berkata, KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin ini dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

Baca juga:   Akaun Amanah Bencana: PM hargai sumbangan penjawat awam

Menurutnya, penilaian itu penting bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi vaksin tersebut kekal positif.

“KKM juga sentiasa komited dalam mempertingkatkan akses kepada produk vaksin COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD,” katanya.- Edisi 9

Baca juga:   HSR: Singapura terbuka terima cadangan baharu Malaysia

Terkini

Trend kahwin lewat, kes cerai menurun antara perkongsian DOSM

JABATAN Perangkaan Malaysia (DOSM) berkongsikan maklumat penduduk di negara ini kini mula berkahwin pada usia lewat 20-an berbanding awal...

Lagi Artikel Berkaitan