25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Koperal didakwa buat laporan polis palsu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seorang anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak, hari ini atas tuduhan membuat laporan polis palsu, Ogos lalu.

Memetik laporan Utusan Malaysia, tertuduh, Koperal S. P. Varathraju Pillai, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd. Darus.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memberi laporan palsu kepada Koperal Aminah Berahim sehingga penjawat awam terbabit menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang untuk menyiasat perkara tersebut.

Dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan di Balai Polis Pusat pada pukul 3.33 petang, 27 Ogos 2021.

Sabit kesalahan, bapa kepada dua anak itu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum enam bulan atau dengan denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Advertisements

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Haiqal Asyraf Suhaimi manakala tertuduh diwakili peguam Amrick singh sandu.

Terdahulu, Amrick memohon wang jaminan paling minimum diberikan kepada anak guamnya kerana tertuduh menjaga dua anak masing-masing berusia 10 dan 13 tahun serta seorang ibu yang telah uzur.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes pada 11 November ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan