25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kes COVID-19 kekal di bawah 10,000 enam hari berturut-turut

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kes harian negara kekal di bawah angka 10,000 apabila hari ini sebanyak 9,751 kes dilaporkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kali terakhir kes harian melebihi 10,000 pada 2 Oktober lalu iaitu sebanyak 10,915 kes menjadikan kes harian berada di bawah angka tersebut masuk hari keenam hari ini.

Dengan pertambahan kes baharu tersebut menjadikan jumlah kes COVID -19 terkini sebanyak 2,323,478 kes.

Menurut beliau, Selangor kembali merekodkan kes tertinggi dengan 1,796 kes, diikuti Sarawak sebanyak 1,339 kes dan Kelantan 1,052 kes.

“Johor (864 kes), Sabah (705 kes), Terengganu (650 kes), Perak (643 kes), Pulau Pinang (632 kes), Kedah (578 kes), Pahang (551 kes), Kuala Lumpur (313 kes), Melaka (244 kes) dan Negeri Sembilan (243 kes).

Sumber: Covidnow KKM

“Selebihnya, Perlis (94 kes), Putrajaya (45 kes) dan Labuan (dua kes),” katanya terdahulu pada hantaran Facebook di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, pesakit sembuh daripada COVID -19 kekal melepasi pesakit baharu dengan 12,724 kes hari ini, menjadikan jumlah kes pesakit pulih sebanyak 2,170,289 kes.

Katanya, daripada 9,751 kes harian yang dilaporkan, 206 kes (2.1 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 9,545 kes (97.9 peratus) kategori satu dan dua.

“Sebanyak 792 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 386 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambah beliau, terdapat 10 kluster baharu dikenal pasti melibatkan enam kluster tempat kerja, dua kluster komuniti serta masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan tinggi. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan