31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

3 individu guna nama TMJ tukar mata wang RM20.91 trilion diburu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Polis Johor sedang memburu tiga individu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penipuan pemalsuan dokumen Letter Of Undertaking menggunakan nama Tunku Mahkota Johor membabitkan urusan tukaran mata wang asing mencecah sehingga USD5 trilion (RM20.91 trilion).

Ketua Polis, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dokumen berkenaan didapati dikeluarkan dan ditandatangani oleh seorang wanita tempatan bergelar ‘Datuk Seri’ mendakwa mendapat mandat daripada Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menurutnya, Polis Johor mendapat maklum terhadap perkara itu susulan menerima laporan polis yang dibuat Ketua Unit Media, Pejabat Komunikasi Keluarga Diraja Johor kira-kira pukul 7 petang, semalam.

“Dokumen palsu yang (konon) mendapat mandat Tunku Ismail bagi menjalankan urusan tukaran mata wang asing Dolar Amerika kepada Ringgit Malaysia (RM) yang bernilai USD200 bilion sehingga USD5 trilion.

“Hasil semakan melalui laman www.istiadat.gov.my mendapati penama yang bergelar ‘Datuk Seri’ tersebut tidak berdaftar sebagai individu yang mempunyai gelaran berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ayob Khan berkata, polis kini sedang giat menjalankan siasatan mengesan ketiga-tiga suspek ini.

“Maklumat lanjut tentang kes ini masih dalam siasatan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan