30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kes bawah 11,000, Sarawak terus kekal tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah kes baharu harian merekodkan di bawah angka 11,000 dengan 10,915 kes dilaporkan pada hari ini.

Sarawak masih kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan sebanyak 2,121 kes sekaligus menyumbang kepada kes harian negara.

Maklumat itu dikongsikan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi hantaram di Facebook di sini.

Beliau berkata, selain Sarawak yang masih merekodkan angka empat digit, ia turut diikuti oleh Selangor sebanyak 1,386 kes, Kelantan ( 1,288 kes) dan Johor (1,124 kes).

“Selebihnya, Perak (862 kes), Terengganu (818 kes), Sabah (784 kes), Pulau Pinang (768 kes), Kedah (574 kes), Pahang (504 kes), Melaka (216 kes), Negeri Sembilan (211 kes) dan Kuala Lumpur (171 kes). 

“Perlis (58 kes), Putrajaya (26 kes) dan Labuan (empat kes),” katanya.

Advertisements

Sehingga kini, jumlah kes positif COVID -19 mencecah sebanyak 2,268,499 kes.

Mengulas lanjut, Dr. Noor Hisham berkata, kes sembuh kekal melepasi kes harian dengan 15,396 kes manakala, jumlah keseluruhan kes sembuh COVID -19 mencatatkan sebanyak 2,086,111 kes.

“Dalam masa sama, sebanyak 888 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi manakala, 484 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada 10,915 kes harian yang dilaporkan, sebanyak 139 kes (1.3 peratus) kategori tiga, empat dan lima serta 10,776 kes (98.7 peratus) kategori satu dan dua,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.

Beliau berkata, terdapat 10 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada empat kluster komuniti, empat kluster tempat kerja dan dua kluster kumpulan berisiko tinggi dilaporkan di Kelantan, Terengganu, Sarawak, Johor, Kelantan, Perak dan Pahang.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan