30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Lebih 67,000 remaja OKU bakal terima suntikan vaksin

Seramai 1,498,274 atau 47.6 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seramai 67,676 remaja kurang upaya (OKU) berusia 12 hingga 17 tahun di seluruh sedang diberi perhatian agar mereka tidak tercicir dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja.

Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, ini melibatkan remaja OKU sama ada mereka berada di bawah institusi dan pusat jagaan OKU berkediaman; Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK); institusi pendidikan atau remaja OKU terlantar di rumah.

Beliau berkata, kesemua mereka akan didaftarkan sama ada oleh pengetua, pengusaha dan penyelia institusi masing-masing melalui portal Vaksin Anakku.

“Manakala, remaja OKU terlantar di komuniti dikenal pasti sama ada daripada senarai penerima Bantuan Pesakit Terlantar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau senarai berdaftar dengan PDK atau pendaftaran remaja OKU terlantar di rumah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Azmi berkata, proses pemberian vaksin kepada remaja OKU di institusi dan yang terlantar di rumah pula akan dilakukan secara jangkau luar (out reach) dan berjadual oleh pasukan pelaksana Vaksinasi.

Manakala bagi remaja OKU terlantar yang tiada dalam senarai di atas pula, ibu bapa atau penjaga boleh hadir ke klinik kesihatan berdekatan, atau memaklumkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk mendaftarkan remaja tersebut bagi mendapatkan vaksinasi.

Dr Noor Azmi berkata, remaja OKU bersekolah harian akan diberi vaksinasi secara berjadual di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) atau sekolah manakala, remaja OKU bersekolah asrama pula akan menerima janji temu vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera.

“Bagi remaja OKU dengan masalah tingkah laku seperti Autism Spectrum Disorder, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), remaja OKU mental atau dengan komorbid yang lain, pemberian vaksinasi boleh dilakukan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berdekatan dengan rumah,” katanya.

Beliau berkata, senarai nama remaja OKU tersebut akan dikumpul di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) untuk diserahkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Ujar beliau, pemberian janji temu akan diberikan melalui aplikasi MySejahtera manakala bagi ibu bapa yang tidak mempunyai aplikasi tersebut, pemberian vaksin dilakukan secara jangkau luar dan berjadual oleh Pasukan Pelaksana Vaksinasi.

Sementara itu, Dr Noor Azmi berkata, seramai 1,498,274 atau 47.6 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

“Manakala, 52,774 orang atau 1.7 peratus daripadanya telah menerima dos lengkap sehingga 30 September lalu,” katanya.

Ketika ini, katanya, lima negeri merekodkan pencapaian tertinggi vaksin menerusi PICK Remaja iaitu Labuan (77.6 peratus), diikuti Kedah (67.1 peratus), Sarawak (62.7 peratus) Perlis (61.8 peratus) dan Melaka (59.4 peratus). – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan