24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kes aktif bertambah pertama kali sejak rentas negeri dibuka

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BUAT pertama kalinya sejak kebenaran rentas negeri dibuka pada 11 Oktober lalu, kes aktif menunjukkan pertambahan dengan sebanyak 6,114 kes dilaporkan berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW setakat semalam.

Pertambahan kes aktif berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif negara adalah sebanyak 89,337 kes.

Ia melibatkan sebanyak 70,896 kes dikuarantin di rumah dan 11,581 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID -19 (PKRC).

Terdapat 6,194 kes di hospital, 360 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 306 di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sementara itu, mengenai pemberian dos penggalak COVID-19, jumlah pemberian terus meningkat dengan sebanyak 19,047 dos  diberikan kepada kumpulan sasar.

Dengan pertambahan dos penggalak tersebut menjadikan jumlah kumulatif terkini mencecah 66,672 dos.

Advertisements

Sementara, sebanyak 235,607 suntikan vaksin diberikan, semalam, yang membawa kepada jumlah kumulatif 48,673,215 dos.

Angka harian vaksinasi itu turut membabitkan sejumlah 186,362 lengkap divaksin dan 30,198 bagi suntikan dos pertama.

Ini sekali gus menjadikan 23,451,810 atau 71.8 peratus populasi keseluruhan di negara ini lengkap vaksinasi, setakat semalam.

Dalam pada itu, 77.5 peratus pula belum lengkap divaksin dan 22.5 peratus lagi tiada vaksinasi.

Mengenai perkembangan jangkitan COVID-19 pula, 6,168 kes harian dilaporkan, semalam, dengan 96 kematian termasuk 21 kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Jumlah keseluruhan korban telah mencecah 28,234 kes, dengan 5,701 kematian BID. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan