25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kanak-kanak 2 tahun maut, ibu cedera parah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut, manakala ibunya cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar sebuah lori di Kilometer Empat, Jalan Mawai-Kuala Sedili dekat Kota Tinggi, Johor pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, kejadian berlaku semasa wanita berusia 21 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda bersama anaknya itu dalam perjalanan dari Kuala Sedili ke Mawai.

“Setiba di lokasi, motosikal yang ditunggang dilanggar daripada arah belakang oleh sebuah lori jenis Nissan, dipandu lelaki berusia 21 tahun pada pukul 11.55 pagi.

“Akibat pelanggaran itu, wanita terbabit cedera parah manakala anaknya pula meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata wanita itu dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk menerima rawatan manakala pemandu lori itu dan seorang kelindan lelaki, 25, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Hussin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan