32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

1,317 mangsa banjir ditempatkan di 22 PPS di empat negeri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 1,317 mangsa banjir masih ditempatkan di 22 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di empat negeri seluruh negara.

Menurut Info Bencana oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, antara negeri terlibat ialah Melaka, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan melibatkan 359 keluarga.

Setakat jam 8 pagi hari ini, seramai 942 mangsa banjir daripada 236 keluarga di Melaka masih ditempatkan di 11 PPS.

Antara daerah terjejas termasuk Jasin, Alor Gajah dan Melaka Tengah.

Di Selangor, sebanyak lapan PPS dibuka untuk menempatkan 299 mangsa daripada 81 keluarga.

Daerah terjejas banjir di negeri itu adalah Klang dan Sepang.

Sementara itu, Perak merekodkan 51 mangsa banjir daripada 17 buah keluarga yang masih ditempatkan di dua PPS.

Hanya satu daerah di negeri itu yang terjejas banjir iaitu di Larut.

Negeri Sembilan pula, membuka satu PPS untuk menempatkan 25 mangsa daripada 25 keluarga.

Daerah yang masih terjejas banjir di negeri itu ialah Port Dickson.-Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan