27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Hanya 2 peratus lagi sebelum rentas negeri dibenarkan – Khairy

Mesti Baca

CYBERJAYA – Jumlah vaksinasi lengkap dalam kalangan populasi dewasa kini semakin menghampiri 90 peratus, sekali gus harapan untuk rakyat Malaysia dapat merentas negeri semakin hampir.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, setakat tengah malam tadi, jumlah populasi dewasa yang telah lengkap dua dos vaksin COVID-19 ialah seramai 20,603,249 orang atau 88 peratus.

“Hanya 2 peratus lagi untuk sempadan negeri dibuka dan rakyat Malaysia tidak perlu lagi memohon Pas Perjalanan (My Travel Pass) untuk ke luar negara,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, rentas negeri dan pembukaan semula pusat pelancongan akan dibenarkan apabila kadar vaksinasi negara sudah mencapai 90 peratus populasi dewasa.

Beliau berkata, kebenaran itu hasil persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 pada 22 September setelah melihat peratusan vaksinasi populasi dewasa.

Menurut data yang dikongsi Khairy, sehingga tengah malam tadi juga, jumlah mereka yang menerima suntikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin adalah seramai 22,098,764 orang atau 94.4 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia.

Semalam sahaja, sebanyak 90,081 orang menerima vaksinasi penuh, 15,868 mendapat suntikan pertama dengan jumlah dos yang diberikan sebanyak 105,949 dos.

Semalam, Pusat Pemberian Vaksian (PPV) mega pertama di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur ditutup setelah beroperasi selama 150 hari.

Sebanyak 1.2 juta dos vaksin telah berjaya diberikan kepada dengan jumlah tertinggi sebanyak 18,000 sehari.

Dengan penutupan semua PPV, proses pemberian vaksin selepas ini akan dikendalikan oleh pihak hospital dan pusat-pusat kesihatan daerah dan klinik kesihatan. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan