29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023

Hospital Bera siap hujung tahun ini – Ismail Sabri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Penantian kira-kira 150,000 penduduk untuk mendapat perkhidmatan kesihatan lebih baik bakal tercapai apabila kemudahan Hospital Bera, Pahang, yang baharu dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, projek pembinaan Hospital Bera berkenaan telah siap sebanyak 98 peratus selepas melantik kontraktor penyelamat pada 5 Januari lalu.

Menurutnya, hospital berkenaan dapat menampung perkhidmatan rawatan seramai 150,000 penduduk dan mempunyai empat kompleks klinikal.

“Empat kompleks klinikal tersebut seperti klinik kecemasan, klinik untuk mencuci buah pinggang, dan sebagainya.

“Dengan adanya Hospital Bera ini, warga Bera tidak perlu lagi ke Temerloh, Kuala Pilah dan sebagainya untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya tadi.

Untuk rekod, sebelum ini dalam lawatan Ismail Sabri ke projek pembinaan Hospital Bera tersebut, beliau memaklumkan sebanyak 480 jawatan bakal diwujudkan bagi keperluan hospital tersebut.

Baca juga:   TMJ tawar khidmat peguam secara percuma untuk Bella

Hospital berkenaan dibina atas keluasan tanah kira-kira 33 ekar (13.35 hektar) dan terdapat baki tujuh ekar (2.83 hektar) yang akan digunakan untuk menambahkan kuarters dan klinik pada masa akan datang.

Menurutnya, hospital berkenaan dimulakan pembinaannya sejak Oktober 2010 dan melalui beberapa kontraktor selepas kontraktor yang membangunkan hospital ini pada 2012 gagal menyiapkannya walaupun sudah mencapai 57 peratus.

Selepas itu, kontraktor penyelamat yang dilantik juga tidak berjaya menyiapkannya dan pada Disember 2020 selepas menamatkan kontraktor penyelamat, pembinaan hospital telah mencapai sebanyak 93 peratus.

Baca juga:   Projek SSLR, LTB dimulakan awal tahun depan - PM

“Kerana ada masalah tertentu akhirnya kita lantik kontraktor ketiga pada 5 Januari 2021 dan alhamdulillah sehingga hari ini prestasi kerjanya 98 peratus,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Suami kahwin baharu, isteri dan 7 anak diusir rumah – LZS

SEORANG wanita yang berhadapan dengan masalah mental bersama tujuh orang anak berdepan dugaan apabila diusir dari rumah sewa setelah...

Lagi Artikel Berkaitan