25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kes aktif COVID-19 terus berkurangan, hanya 4,217 dilaporkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes aktif COVID-19 terus merekodkan pengurangan dengan hanya 4,217 kes dilaporkan berdasarkan data dari laman web COVIDNOW setakat semalam.

Secara keseluruhannya, jumlah kumulatif kes aktif kini mencecah 112, 379 kes.

Dalam pada itu, terdapat sebanyak 88,645 kes (78.9 peratus) bagi kuarantin di rumah; 15,356 kes (13.7 peratus) di PKRC; 7,622 kes (6.8 peratus) di hospital; 359 kes (0.3 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan alat bantuan pernafasan dan 397 kes (0.4 peratus) ICU perlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, kes sembuh pula turut merekodkan pertambahan bilangan dengan sebanyak 10,833 kes dilaporkan dengan jumlah kumulatif sebanyak 2,206,502 kes.

Advertisements

Dalam pada itu, sebanyak 93 kes kematian dilaporkan dan jumlah itu menjadikan kes kematian COVID -19 sebanyak 27,422 kes manakala, sebanyak 16 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka BID tersebut menjadikan jumlah kes BID di seluruh negara mencatatkan sebanyak 5,530 kes.

Terdahulu, Edisi 9 melaporkan, kes baharu harian merekodkan sebanyak 6,703 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,341,320 kes. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan