32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Harga kit ujian kendiri COVID-19 turun di bawah RM10

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HARGA kit ujian kendiri COVID-19 dijangka turun di bawah paras RM10 seunit bulan depan, sejajar penggunaannya yang semakin meluas dan dilihat sebagai keperluan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata harga baharu yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat disifatkan munasabah, berpatutan dan mampu milik.

“Kita sudah setuju dan kaji an serta perbincangan dengan pelbagai pihak berkaitan sudah dibuat.

“Ketika ini, kita cuma menunggu hari untuk mengumumkan harga baharu yang akan kita turunkan daripada RM19.90 pada peringkat runcit ketika ini.

“Harga bagi kit ujian kendiri air liur COVID-19 akan diturunkan ke tahap yang kami fikir lebih berpatutan, munasabah dan mampu milik,” katanya lapor BH Online.

Pada 5 September lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menetapkan harga kit ujian kendiri COVID-19 pada paras RM19.90 seunit, manakala harga borong RM16.

Penetapan harga itu dibuat susulan banyak rungutan dan desakan diterima, yang menyifatkan harga bagi satu set kit ujian kendiri antara RM35 hingga RM39.90 adalah terlalu mahal.

Alexander berkata, pihaknya sudah menjalankan libat urus bersama pemain industri, peniaga, pengimport, Kementerian Kesihatan dan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) berhubung perkara berkenaan.

Beliau berkata, ada lebih 40 pengedar dan penjual kit ujian terbabit yang berdaftar dengan MDA ketika ini, meningkat berbanding 18 sebelum ini.

“Ini bermakna kita sudah meningkatkan persaingan dan dengan adanya persaingan serta pelbagai jenama di pasaran, sudah semestinya harga akan turun dengan sendirinya.

“Saya boleh katakan ada beberapa pembekal berjumpa KPDNHEP dan mereka menyatakan boleh menjual antara RM7 hingga RM8 seunit.

“Justeru, saya lebih selesa kalau tiba masanya tidak lama lagi, harga satu unit pada peringkat runcit diturunkan dan kita harap ia dapat serendah bawah RM10 bagi setiap unit.

“Penggunaan kit ujian kendiri itu bukan lagi pilihan, sebaliknya sudah menjadi keperluan rakyat dan kita akan sentiasa mengutamakan pengguna,” katanya.-Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan