30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

2 lelaki diburu polis pemalsuan dokuman guna nama TMJ

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

Polis Johor sedang mengesan dua lelaki yang dipercayai terlibat dengan kes pemalsuan dokumen tukaran wang asing yang didakwa menggunakan nama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kedua-dua lelaki warganegara tempatan itu mendakwa mereka pernah berkhidmat di Istana Johor.

Katanya, kedua-dua suspek yang dicari adalah pasangan anak beranak dan dipercayai masih berada dalam negara.

“Berhubung kes penipuan membabitkan nama Tunku Mahkota Johor, kita sudah ambil keterangan daripada tiga suspek manakala dua individu lagi masih dicari.

“Mereka yang dicari ialah M. Paramesvaran, 64, dan anak lelakinya, P. Kuganathan, 34. Alamat terakhir mereka adalah Nombor 16, Persiaran Jelapang 16, Taman Sibilin, Ipoh, Perak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini, lapod Utusan Online.

Tambah Ayob Khan, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut berkenaan kedua-dua suspek boleh menghubungi Asisten Superintenden Khairul Saberi Nyan di talian 019-5290024 atau hubungi mana-mana balai polis berhampiran.

“Kedua-dua mereka dicari bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan maksimum 10 tahun dengan dikenakan sebat dan denda,” ujarnya.

Pada 10 Oktober lalu, Ayob Khan memaklumkan pihaknya telah lengkap mengambil keterangan dua suspek melibatkan seorang wanita tempatan didakwa mempunyai gelaran Datuk Seri dan seorang lelaki yang merupakan seorang peguam.

Siasatan tersebut dijalankan selepas pihaknya menerima laporan polis berkenaan satu dokumen ‘letter of undertaking’ pertukaran mata wang dolar Amerika (AS) kepada Ringgit Malaysia (RM) membabitkan nilai antara AS$200 bilion sehingga AS$5 trilion. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan