25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

KKM pastikan PRN Melaka tidak cetuskan gelombang baharu COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) akan memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan tidak mencetuskan gelombang penularan baharu COVID-19 seperti mana berlaku dalam PRN Sabah tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, semasa PRN Sabah, negara masih belum memulakan proses vaksinasi dan ia jauh berbeza dengan PRN Melaka yang akan diadakan pada bulan depan.

“PRN Sabah tempoh hari kita belum ada vaksinasi jadi kita buat penilaian risiko berdasarkan kepada adanya vaksinasi.

“Kita juga terima hakikat bahawa di Sabah tidak ada penularan Delta, jadi kita ambil kira semua ini sebelum kita berikan ulasan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, untuk PRN, KKM ambil maklum kepada apa yang berlaku di Sabah, ulasan kita terhadap SOP yang akan dicadangkan oleh SPR akan mengambil kira pengalaman di Sabah nanti.

“Apa yang kita akan buat adalah memastikan apa yang berlaku pada waktu Sabah tidak akan diulangi,” katanya.

Advertisements

Dalam pada itu, Khairy berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membentangkan Prosedur Operasi Standard (SOP) mengenai PRN Melaka kepada Jawatankuasa Pengurusan Pandemik esok.

SPR akan bentang SOP untuk PRN Melaka kepada Jawatankuasa Pengurusan Pandemik yang akan dipengerusikan Perdana Menteri esok.

“KKM akan beri ulasan kami pada mesyuarat yang sama,” jelas Khairy lagi.

Pada Isnin lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata beberapa kaedah serta peraturan baharu pengundian bagi mengurangkan kesesakan pada hari membuang undi sempena PRN negeri itu akan dibincang dan diperhalusi.

Kaedah itu akan berpandukan kepada prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara,, KKM dan Polis Diraja Malaysia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan