30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 18, 2025

Majlis-majlis Pemulihan Negeri pastikan PPN dilaksana secara holistik

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENUBUHAN Majlis-majlis Pemulihan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing merupakan pendekatan terbaik bagi memastikan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dapat dilaksanakan secara holistik khususnya di peringkat negeri.

Cetusan cadangan penubuhan Majlis-majlis Pemulihan Negeri berkenaan diketengahkan
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu hantaran di media sosial Facebook rasminya selepas
mengadakan sesi dialog bersama pemain-pemain industri sektor ekonomi dan sosial di negeri Melaka.

Malah menurut beliau, keutamaan proses pemulihan berkenaan adalah seperti mana dasar-dasar Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini iaitu akan sentiasa berpegang teguh kepada prinsip tiada kelompok yang tertinggal – no one is left behind.

“Prinsip ini bukan sekadar slogan dan laungan, tetapi merupakan nilai yang amat penting untuk dijadikan amalan demi mencapai pemulihan yang seimbang dan menyeluruh,” kongsinya hari ini.

Muhyiddin berkata, dalam perjumpaan di Melaka berkenaan, pemain-pemain industri di negeri tersebut telah membangkitkan isu berkaitan kekangan tenaga kerja dan pembiayaan bagi membuka semula perniagaan mereka.

Menurutnya, kedua-dua isu berkenaan sedang diteliti oleh dua jawatankuasa khas yang ditubuhkan semasa mesyuarat MPN yang lepas dan jawatankuasa-jawatankuasa itu akan membentangkan laporan dalam jangka masa sebulan.

“Dalam pertemuan dengan penggerak- penggerak sektor sosial pula, saya menekankan pemulihan negara perlu holistik dan tidak hanya tertumpu kepada pemulihan ekonomi semata-mata.

“Justeru, amat penting untuk kita mengambil kira aspek pemulihan dari segi kemasyarakatan, tatahidup dan rohani supaya pemulihan yang dijalankan lebih sekata dan bermakna serta memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam perkembangan terkini situasi di Melaka, Muhyiddin menyatakan Melaka telah beralih ke Fasa 4 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 18 Oktober lalu setelah berjaya menepati nilai-nilai ambang yang ditetapkan.

Advertisements

“Syabas rakyat Melaka! Sebenarnya, perjumpaan hari ini bukan sahaja bertujuan untuk mendengar pandangan dan mengumpul aspirasi proses pemulihan negara menggunakan pendekatan seluruh negara “whole of nation“, tetapi juga untuk mendengar secara langsung rintihan dan keresahan penggerak-penggerak industri seterusnya mencari penyelesaian bersama.

“Seperti yang saya tekankan sebelum ini, proses pemulihan bukan satu proses yang mudah dan memerlukan penglibatan bersama seluruh rakyat Malaysia,” kongsinya.

Justeru itu menurutnya, dalam merangka perancangan pemulihan, MPN perlu sentiasa mendengar, mengambil kira dan menimbang segala pandangan serta dan idea setiap lapisan masyarakat di Malaysia.

“Dalam majlis dialog hari ini, saya sekali lagi menegaskan Malaysia tidak boleh sekadar pulih daripada pandemik ini, tetapi kita perlu menjadi terbaik dalam segala apa yang kita lakukan.

It is not enough for Malaysia to get better and to recover, but we must be the best in whatever we do,” tegasnya.

Menurut beliau, sebagai sebuah negeri yang terkenal dengan sektor pelancongan serta pembuatan, Melaka perlu diberi peluang untuk berkembang dan maju dalam peralihan daripada fasa pandemik kepada fasa endemik.

“Alhamdulillah, saya kagum dengan semangat kental dan kecekalan rakyat negeri Melaka dalam menghadapi cabaran pandemik COVID-19.

“Saya yakin dan percaya, dengan kerjasama semua pihak, kita dapat bangkit kembali,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kepimpinan, pengalaman Siti Fadilah mampu perkasa IRM

KEPIMPINAN dan pengalaman yang dimiliki oleh Siti Fadilah Mohd Hood diyakini mampu memperkasa Islamic Relief Malaysia (IRM) bagi mencapai...

Lagi Artikel Berkaitan