25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Dunia seni hilang sebutir bintang – Ismail Sabri

Mamat turut meninggalkan legasi indah dengan menghantar pelbagai mesej perpaduan kaum dalam karya besarnya

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUNIA seni hari ini kehilangan sebutir bintang dengan pemergian Allahyarham Mohamad Mohd Khalid atau dikenali sebagai Mamat Khalid, yang meninggal dunia sekitar jam 12.30 pagi tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, allahyarham yang merupakan adik kepada kartunis terkenal negara iaitu Datuk Lat, antara penerbit serta pengarah tersohor tanahair dan disegani dalam dunia perfileman negara.

“Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan para penggiat seni tanahair di atas kehilangan ini.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh,” kongsinya di laman sosial Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Edisi 9 melaporkan pengarah filem terkenal, Mamat Khalid meninggal dunia pada jam 12.30 tengah malam tadi di Hospital Slim River, Perak.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah.

“Arwah pengsan di Sarang Art Hub, Tanjung Malim sebelum dibawa ke Hospital Slim River dan disahkan meninggal dunia,” katanya.

Advertisements

Sementara itu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique berkata, pengarah tersohor ini telah meninggalkan legasi indah dengan menghantar pelbagai mesej perpaduan kaum di dalam karya besarnya.

“Allahyarham adalah insan seni yang hebat apabila turut membantu memberikan sumbangan tidak ternilai kepada negara melalui karya seninya dan patut dicontohi.

Halimah berkata, beliau melihat Mamat ada persamaan dengan Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang meninggalkan legasi seni sehingga berdekad-dekad lamanya kepada seluruh masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Katanya, keindahan sebuah karya seorang pengarah filem adalah apabila ia menjadi tontonan masyarakat pelbagai kaum, selain turut menghantar mesej positif yang diterima sehingga melangkaui zaman.

“Mamat bukan sahaja menghasilkan karya seni yang bersifat humor, malah mengajak seluruh masyarakat supaya saling hormat menghormati, berkasih sayang, tolong menolong dan bertoleransi sesama masyarakat,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan