29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

23,660,153 individu sudah lengkap divaksin di negara ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PROGRAM Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencatatkan kejayaan memberangsangkan apabila sebanyak 72.4 peratus atau seramai 23,660,153 individu bagi keseluruhan populasi di negara ini sudah lengkap divaksin.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang disiarkan menerusi portal COVIDNOW, seramai 22,126,379 individu dewasa sudah lengkap divaksin atau 94.5 peratus.

Menurut data berkenaan, hanya berbaki 5.5 peratus saja populasi dewasa yang belum lengkap divaksinasi sepenuhnya di negara ini.

Dalam tempoh sama, sejumlah 97.4 peratus atau 22,808,491 individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 113,547 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam membabitkan 94,354 suntikan dos lengkap dan 11,016 suntikan dos pertama menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin kini meningkat kepada 48,944,761.

Advertisements

Setakat semalam juga, sebanyak 1,533,774 atau 48.7 peratus individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap vaksin manakala 80.9 peratus atau 2,547,162 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sejumlah 8,177 dos penggalak vaksin COVID-19 (booster) diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 93,151.

Bagi data kematian yang dicatatkan setakat pukul 11.59 malam semalam, empat kematian iaitu membabitkan di hospital dengan jumlah keseluruhan kematian ialah seramai 28,354 orang.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan