32 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Bakal menantu ‘hantu’ tipu lebih RM50,000

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seorang imam masjid di Bachok, Kelantan rugi lebih RM50,000 selepas ditipu seorang lelaki yang juga bakal menantunya sejak Jun hingga pertengahan September lalu.

Mangsa berusia 65 tahun tampil membuat laporan di Balai Polis Bachok pada 14 September lalu untuk tindakan lanjut.

Imam berkenaan dikatakan mengenali lelaki berusia 36 tahun itu pada Jun lalu menerusi anak perempuannya yang berusia 28 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, bakal menantunya itu mendakwa mempunyai perniagaan emas dan kambing perap serta beberapa kali meminta wang untuk dijadikan modal daripada imam terbabit.

“Imam berkenaan kemudiannya memberi lebih RM38,000 daripada awal Jun hingga September secara berperingkat di Bandar Baru Kubang Kerian.

“Imam berkenaan juga memberikan barang kemas bernilai RM6,000 dan sebuah kereta Proton Gen2 bagi memudahkan urusan perniagaan bakal menantunya itu,” katanya hari ini.

Beliau berkata, imam itu hanya menyedari dirinya ditipu oleh bakal menantu sebelum tampil membuat laporan polis berikutan wang yang dipinjamkan tidak dipulangkan kembali pada 14 September lalu.

Menurutnya, imam berkenaan dikatakan cuba menghubungi bakal menantunya itu untuk menuntut wangnya, namun pelbagai alasan diberikan lelaki terbabit.

“Susulan laporan mangsa, lelaki berkenaan kemudiannya ditahan pada 11 malam tadi di sebuah rumah di Jalan Pengkalan Chepa bagi membantu siasatan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dalam proses untuk tahanan reman,” katanya.

Kejadian itu tular di Facebook apabila seorang mangsa yang dikenali sebagai Nurul Afifah membuat hantaran dengan mendakwa bahawa mereka seperti ‘dipukau’.

Dakwanya, mereka kerugian RM55,800 apabila wang simpanan ibu, ayah dan abangnya serta duit yang dipinjam daripada saudara terdekat serta barang kemas diserahkan kepada lelaki berkenaan.

-EDISI9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan