31.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Takwim sesi persekolahan kekal Mac mulai 2022 – Radzi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUNGUN – Kementerian Pendidikan (KPM) tetap dengan pendirian memulakan takwim sesi persekolahan pada Mac setiap tahun dengan sesi 2022 akan datang sebagai permulaan sebagai panduan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ketetapan KPM untuk melanjutkan sesi persekolahan 2021 sehingga Januari dan Februari tahun depan dibuat berdasarkan perbincangan dan penelitian yang mendalam.

Menurutnya, perkara berkenaan dibincangkan dengan pelbagai pihak termasuk guru-guru wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di beberapa negeri, pengetua dan guru besar.

“Perbincangan turut dilakukan bersama pakar dan persatuan perguruan untuk memastikan supaya ketetapan ini mengambil kira pelbagai aspek.

“(Ia juga) memastikan supaya kita dapat guna sebaiknya (dalam) tempoh bulan Januari dan Februari ini untuk memastikan anak-anak ini betul-betul bersedia sebelum mereka naik ke kelas berikutnya,” katanya.

Advertisements

Beliau bekata demikian selepas meninjau sesi persekolahan bersemuka di Sekolah Menengah Sains Dungun, Terengganu, hari ini.

Radzi berkata, ketetapan tersebut akan memberi ruang yang cukup pada anak-anak untuk diasah dan dipastikan sekurang-kurangnya mereka dapat menguasai tahap penguasaan minimum yang diperlukan sebelum mereka naik ke kelas berikutnya.

Untuk rekod, KPM ketika ini sedang mengkaji kesesuaian untuk memulakan sesi persekolahan setiap tahun pada Mac dengan sesi 2022 akan datang sebagai permulaan sebagai panduan.

Bagaimanapun, Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Selangor (UNISEL), Prof Madya Dr K. Gunasegaran dilaporkan berkata, anjakan tarikh permulaan persekolahan itu tidak wajar dibuat secara tergesa-gesa dengan keadaan penularan Covid-19 yang tidak menentu ketika ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan