29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 21, 2023

Terengganu, Kelantan dan Langkawi mulakan sesi persekolahan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Terengganu, Kelantan dan Langkawi di Kedah memulakan hari pertama sesi persekolahan secara bersemuka hari selepas lebih lima bulan menjalani pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) berikutan pandemik COVID-19.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, Terengganu dan Kelantan kini berada dalam Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) manakala Langkawi diisytihar sebagai perintis gelembung pelancongan.

Bagaimanapun, operasi pembukaan sekolah yang bermula hari ini berdasarkan kepada fasa PPN dan diutamakan kepada kelas-kelas yang akan menduduki peperiksaan utama sahaja.

“Secara keseluruhan, pengoperasian pembukaan sekolah serta prosedur operasi standart (SOP) yang ditetapkan seperti saringan suhu badan dan memakai pelitup muka dipatuhi dengan baik,” kongsinya menerusi Facebook hari ini.

Sebelum itu, beliau meninjau perjalanan sesi persekolahan secara bersemuka di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.

Radzi berkata, aspek pengudaraan yang baik di dalam bilik darjah juga dipatuhi.

Baca juga:   300,000 murid jalani PdP bersemuka dengan lancar - Radzi

Menurutnya, keadaan di dalam bilik darjah juga teratur dengan penjarakan fizikal.

“Kami yakin pentadbir sekolah dan guru sentiasa berusaha sehabis baik untuk memastikan sesi persekolahan secara bersemuka ini berjalan dengan lancar serta selamat.

“Sama-sama kita terus usahakan dan berdoa semoga urusan persekolahan anak-anak kita berlangsung dengan baik,” katanya.

Radzi kemudiannya meneruskan tinjauannya ke Sekolah Menengah Agama Marang.

Sebelum ini media melaporkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan pembelajaran bersemuka mulai 3 Oktober ini, dibuat secara berperingkat mengikut fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Baca juga:   Syabas! 1.4 juta dos vaksin dalam tempoh 4 hari

Radzi berkata, pihaknya menerima banyak maklum balas dan pertanyaan kononnya sekolah di seluruh negara akan dibuka serentak pada tarikh berkenaan.

KPM juga akan memberikan tempoh sekurang-kurangnya dua minggu kepada sekolah di negeri yang beralih fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk membuat persediaan sebelum dibuka.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Lambang PN di 4 negeri dikekalkan hadapi PRN

MESYUARAT Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) mengesahkan kekal menggunakan lambang PN di empat negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kedah...

Lagi Artikel Berkaitan