36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

82.4 peratus pesakit Covid-19 jalani kuarantin di rumah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 82.4 peratus bersamaan 128,350 pesakit Covid-19 dari kes aktif menjalani kuarantin di rumah masing-masing.

Melalui data yang dikongsikan menerusi laman sesawang Covidnow, untuk rekod sehingga 11.59 malam tadi, sebanyak 155,823 kes aktif direkodkan di negara ini.

Menurut data berkenaan, sebanyak 11.6 peratus bersamaan 18,088 individu menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin.

Sebanyak 5.5 peratus lagi menjalani kuarantin di hospital.

Manakala, 0.3 peratus bersamaan 405 pesakit yang tidak memerlukan alat bantuan penafasan mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bagi 485 pesakit lagi bersamaan 0.3 peratus pula ditempatkan di ICU serta memerlukan alat bantuan penafasan.

Dalam perkongsian terbaharu berkenaan, terdapat sejumlah 109 kematian direkodkan dengan 33 daripadanya merupakan kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Jumlah keseluruhan kes kematian setakat semalam ialah 26,565 kes.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan