25.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 7, 2021

MySejahtera bakal dilengkapi butang aduan langgar SOP

Mesti Baca

CYBERJAYA – Aplikasi MySejahtera bakal dilengkapi dengan butang khusus bagi membolehkan orang ramai membuat aduan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu makluman dalam Facebooknya berkata, menerusi butang tersebut orang ramai boleh membuat aduan pelanggaran SOP oleh individu atau premis kepada pihak berkuasa.

Antara aduan yang boleh dikemukakan melalui MySejahtera ialah pelanggaran SOP individu tidak memakai pelitup muka atau mematuhi jarak fizikal.

Selain itu, aduan juga boleh dibuat sekiranya terdapat premis yang gagal merekodkan pelawat atau memeriksa suhu badan selain pelanggaran perintah kuarantin dan lain-lain isu.

“Menerusi kemudahan baharu yang akan dilancarkan dalam waktu terdekat ini, pengadu juga boleh memuat naik gambar sebagai bukti aduan pelanggaran SOP,” kata KKM.

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Pada masa yang sama, ia membantu KKM mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Sementara itu, makluman KKM mengenai ciri-ciri baharu MySejahtera mendapat reaksi pelbagai dalam kalangan warganet.

Kebanyakan daripada mereka memuji langkah yang bakal diambil namun tidak kurang juga yang melahirkan kebimbangan baharu dengan adanya butang ‘Aduan’ tersebut.

Ada juga yang menggesa kerajaan menyelesaikan dahulu pelbagai isu berkaitan MySejahtera seperti kegagalan memaparkan sijil digital vaksinasi dan lain-lain.

Baca juga:   MSM unjur capai hasil RM200 juta tahun ini
Baca juga:   MSM unjur capai hasil RM200 juta tahun ini

Seorang warganet, Haniff M. Saharin dalam komen di Facebook KKM itu berkata, kemudahan tersebut seolah-olah mengajar orang ramai dengan sifat mazmumah menjadi seorang yang busuk hati, dengki, iri hati serta berburuk sangka.

Rozie Sunny pula berkata: “Takut (bimbang) ada pula yang ambil kesempatan. Adu macam-macam, netizen ini bukan boleh percaya sangat. Ada yang tak jujur.”

Muhammad Ammar Azali II pula berkata: “Ini membuatkan antara rakyat sudah tidak ada belas kasihan dan ukhuwah yg baik. Allahu…” – Edisi 9

Terkini

Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia ikut SOP ketat

PROGRAM 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan dilaksanakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat...

Lagi Artikel Berkaitan