26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Bekas Ketua Pengarah MSN, Zolkples Embong meninggal dunia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong ditemui meninggal dunia di kediamannya pagi ini dipercayai akibat serangan jantung.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memuat naik satu hantaran menerusi Facebooknya hari ini.

Beliau turut mendoakan agar roh Allahyarham mendapat rahmat dengan anugerah keampunan daripada Allah SWT serta dikurniakan tempat bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Allahyarham pernah memimpin MSN selama tujuh tahun dari April 2007 hingga Disember 2014.

Zolkples, 62, dikatakan meninggal dunia di rumahnya di Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin dalam satu hantarannya di Facebook mengucapkan takziah kepada Allahyarham.

“Al-fatihah buat guru saya, mentor saya, salah seorang yang membentuk saya sehingga hari ini.

“Semoga roh arwah dicucuri rahmat, ditempatkan di kalangan orang beriman. Jasa dan bakti arwah akan saya kenang selamanya,” kongsinya.

Advertisements

Mengikut sumber, kematian arwah disedari beberapa pegawai MSN yang cuba menghubungi beliau sejak Jumaat apabila mendapati beliau tidak hadir solat Jumaat di Vista MSN, Bukit Jalil.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menganggap pemergian Zolkples sebagai satu kehilangan tokoh sukan yang sungguh hebat.

Allahyarham yang pernah bertugas di bawah Khairy semasa Ahli Parlimen Rembau ini menjadi Menteri Belia dan Sukan telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KL2017 bagi penganjuran Sukan SEA di Kuala Lumpur.

“Sumbangan beliau kepada pembangunan sukan negara tiada tolok bandingnya. Al Fatihah,” katanya menerusi ciapan di twitterna hari ini.

Seorang lagi bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut meluahkan rasa sedih atas kehilangan seorang tokoh yang dianggap kawan dan guru yang banyak mengajarnya tentang dunia sukan.

“Banyak jasanya kepada pembangunan sukan negara termasuk pembangunan sukan berbasikal yang melahirkan ramai jaguh dunia.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat. Salam takziah buat keluarga dan sahabat terdekat. Alfatihah,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan