25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Penurunan kes COVID-19 berkat perancangan cekap kerajaan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kejayaan negara menurunkan kadar jangkitan COVID-19 adalah berkat perancangan cekap kerajaan Perikatan Nasional (PN) bermula Mei lalu, termasuk arahan meningkatkan kadar vaksinasi secara agresif.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, atas usaha tersebut sehingga semalam, sebanyak 87.2 peratus populasi dewasa di negara ini sudah menerima dos lengkap vaksin, lebih awal daripada yang dijangka.

Malah, kata bekas Perdana Menteri itu, sudah tiada lagi negeri-negeri yang berada di Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan majoriti berada di Fasa 2 dan 3 PPN manakala Labuan dan Negeri Sembilan pula kini sudah berada dalam Fasa 4.

“Sepertimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob, Kerajaan akan memberi kelonggaran rentas daerah dan negeri selepas kadar vaksinasi dewasa mencapai 90 peratus.

“Namun, suka saya ingatkan, kita masih perlu sentiasa mengambil langkah berwaspada memandangkan virus COVID-19 ini telah pun berada di dalam komuniti,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Muhyiddin berkata, transisi dari tahap pandemik ke endemik bukan sahaja harus dilakukan dengan yakin dan berani tetapi juga perlu teratur dan penuh sistematik.

“Kita perlu mengambil iktibar dari negara-negara yang mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi tetapi bilangan kes positif masih terus meningkat.

“Setiap daripada kita harus mengambil langkah yang proaktif dalam melakukan penilaian risiko kendiri dan saya yakin Kerajaan juga akan mengambil langkah-langkah yang perlu dalam memantau dan mengawal risiko penularan virus ini di sektor-sektor yang dilonggarkan,” katanya.

Malah beliau turut memberi peringatan semakin ramai yang menerima vaksinasi lengkap, semakin ramai yang terlindung dari dijangkiti dengan teruk oleh virus COVID-19.

“Dengan itu, beban kepada sistem kesihatan awam juga akan berkurang. Ini mendorong lebih banyak kawalan sektor ekonomi dan sosial dilonggarkan dan lebih cepat kita kembali menjalani kehidupan norma baharu.

Advertisements

“Sudah semestinya, semua ini dapat membantu mempercepatkan lagi proses pemulihan negara,” katanya.

Beliau juga menyeru masyarakat terus berusaha untuk kembali ke ke kehidupan norma baharu dengan yakin dan berani.

“Semoga segala usaha kita diberkati dan dipermudah untuk kebaikan bersama,” katanya.

“Mungkin ada di antara kita yang keluar beriadah dan makan di restoran memandangkan semakin banyak sektor ekonomi dan sosial yang sudah dibuka, terutamanya kepada mereka yang telah menerima suntikan lengkap vaksinasi COVID-19.

Menurutnya, melangkah ke bulan Oktober tiada negeri berada di Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara, dengan majoriti negeri berada di Fasa 2 dan 3 PPN. W.P Labuan serta Negeri Sembilan sudah pun di Fasa 4.

“Sehingga 2 Oktober (semalam), sebanyak 87.2 peratus populasi dewasa di Malaysia telah menerima suntikan dos lengkap, lebih awal daripada jangkaan kita sebelum ini.

“Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) ini,” katanya.

Untuk rekod, berbakti 3.2 peratus sahaja lagi hasrat 90 peratus vaksinasi dewasa tercapai.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan