23.6 C
Kuala Lumpur
Friday, December 9, 2022

Azalina penasihat undang-undang PM, Jazlan Pengerusi FELCRA

Beberapa lagi nama pemimpin UMNO disebut-sebut untuk menerajui agensi-agensi kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC)

Mesti Baca

CYBERJAYA – Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkaitan undang-undang dan hak asasi manusia.

Manakala Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub pula diberi kepercayaan untuk menerajui FELCRA Berhad.

Kedua-dua pemimpin tersebut menerima watikah pelantikan masing-masing daripada Ismail Sabri di Putrajaya, semalam.

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri dan sedia memberikan khidmat terbaik untuk beliau.

“Terima Kasih YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob atas kepercayaan. InsyaAllah dengan kudrat yang ada saya akan lakukan yang terbaik demi negara,” katanya menerusi Facebook.

Sebelum ini media melaporkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal dilantik sebagai Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri, namun sehingga kini perkara itu tidak diumumkan.

Baca juga:   Calon PM: UMNO jangan gaduh-gaduh, carilah penyelesaian terbaik

Azalina dan Ahmad Jazlan merupakan antara 15 Ahli Parlimen UMNO yang menarik balik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga memaksa Ahli Parlimen Pagoh itu meletakkan jawatan pada Ogos lalu, sekali gus ‘menumbangkan’ kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahmad Jazlan merupakan pemimpin UMNO paling awal menarik balik sokongan terhadap kepimpinan Muhyiddin iaitu pada Januari lalu.

Beliau turut melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Lembaga Sawit Malaysia (MPOB) setelah dilantik Muhyiddin ke jawatan itu pada 1 April 2020.

Baca juga:   Wanita tidak mengaku bersalah abai bayi hingga meninggal dunia

Selain Ahmad Jazlan, beberapa lagi nama pemimpin UMNO disebut-sebut untuk meneraju agensi-agensi kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC).

Antara yang disebut-sebut ialah Ketua Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang dikatakan akan dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

Beberapa pemimpin UMNO lain didakwa sedang melobi Ismail Sabri untuk menduduki beberapa lagi jawatan utama dalam agensi kerajaan dan GLC, bagi menggantikan pemimpin lantikan Muhyiddin.

Dijangkakan beberapa lagi pengumuman mengenainya akan dibuat dalam tempoh terdekat. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Anwar hantar notis tuntut Ahmad Amzad mohon maaf

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis tuntutan terhadap Datuk Ahmad Amzad Hashim supaya Ahli Parlimen Kuala Terengganu...

Lagi Artikel Berkaitan