24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

9,178 kes sembuh hari ini, 2 kluster baharu dikesan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 9,178 kes sembuh dilaporkan pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan berjumlah 2,320,391 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 620 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mana 297 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, beliau berkata, hanya dua kluster baharu dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melibatkan jangkitan tempat kerja.

“Ianya merupakan Kluster Jalan Sentol Kluang di Johor dan Blok 03 di Sabah,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini.

Advertisements

Katanya, sehingga kini 5,162 kluster telah tamat manakala 557 masih aktif.

Terdahulu, Noor Hisham berkata, sebanyak 5,828 kes positif baharu dilaporkan hari ini.

“Sebanyak 97 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 dan 5,731 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” tambahnya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan