26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

Gelembung Pelancongan Antarabangsa percepat pulih ekonomi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEBENARAN Gelembung Pelancongan Antarabangsa bagi Projek Rintis Pulau Langkawi bermula 15 November ini oleh kerajaan, menjadi pemangkin kepada usaha mempercepat pemulihan semula ekonomi negara.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia satu lagi pencapaian kerajaan menerusi kementeriannya dalam membantu seluruh penggerak industri itu menjana semula pendapatan.

“Pada masa sama, langkah itu memberikan kelegaan kepada penggiat industri yang berjuang dengan penuh kesabaran susulan penutupan pintu sempadan negara sejak tercetusnya pandemik COVID -19 hampir dua tahun lalu.

“Saya berasa amat bersyukur apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 mengumumkan persetujuan ke atas gelembung pelancongan itu.

“Saya yakin, keputusan ini dapat memulihkan kembali semangat dan menjadi inspirasi untuk mereka terus berganding bahu dengan kerajaan melalui kementerian ini untuk memajukan lagi industri ini agar kembali gemilang seperti sebelum berlakunya penularan pandemik COVID-19,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini. – Edisi 9

Baca juga:   PDRM diarah siasat kenyataan kontroversi Kit Siang

Terkini

Kanak-kanak 5 tahun maut, bapa, kakak parah nahas 2 kenderaan

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dalam kejadian kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Kesang Garing,...

Lagi Artikel Berkaitan