31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

APMM gagalkan cubaan pindah minyak secara haram

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis, mengagalkan cubaan memindahkan minyak secara haram menerusi kapal persiaran ke kapal kargo di kedudukan 0.5 batu nautika, barat laut, Terminal Feri Penumpang, Langkawi pada jam 2.05 petang, Jumaat.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan terdapat aktiviti mencurigakan.

“Berikutan itu, sebuah bot ronda Perkasa 1225 telah digerakkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi, bot persiaran tersebut disyaki sedang melakukan cubaan untuk memindahkan minyak kepada sebuah kapal kargo.

“Hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati, nakhoda kapal telah gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran melakukan aktiviti pemindahan minyak atau ‘ship to ship’ (STS),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sehubungam dengan itu, katanya, APMM telah menahan pengemudi kapal persiaran bersama empat anak kapal warga tempatan serta seorang warga Thailand berusia 28 hingga 45 tahun.

“Manakala pengemudi kapal kargo dan tiga anak kapal warga tempatan berusia 25 hingga 32 tahun turut ditahan dan di bawa ke Jeti Maritim, Bukit Malut untuk siasatan lanjut,” katanya.

Jelas beliau, kes akan disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(I) dan Seksyen 491B(1)(K) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana disyaki menjalankan aktiviti ‘ship to ship’ (STS) tanpa kebenaran pihak berkuasa.

“Sekiranya didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. Edisi 9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan