32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

5,745 kes harian COVID-19; kes sembuh 8,933

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

Kes harian negara kekal di bawah angka 6,000 untuk dua hari berturut-turut dengan 5,745 kes dilaporkan pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dengan pertambahan itu, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,401,866 kes.

Katanya, kadar positif jangkitan pada hari ini adalah sebanyak 3.77 peratus.

“Bagi kes sembuh sebanyak 8,933 kes dilaporkan menjadikan 2,287,888 kes kumulatif atau 95.3 peratus setakat ini.

“Sebanyak lapan kluster baharu turut dilaporkan menjadikan sebanyak 634 kluster aktif kini,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini.

Advertisements

Dr Noor Hisham berkata, daripada kes harian tersebut, sebanyak 12 kes adalah daripada kes import melibatkan 11 warganegara dan seorang bukan warganegara.

“Sementara, kes tempatan sebanyak 5,733 kes terdiri seramai 5,432 warganegara (94.7 peratus) dan seramai 301 bukan warganegara (5.3 peratus),”katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) melibatkan sebanyak 682 kes (609 kes disahkan COVID-19 ; 73 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Sementara, kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 331 kes (280 kes disahkan COVID-19 ; 51 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Ujar beliau, daripada 5,745 kes harian yang dilaporkan juga sebanyak 115 kes (2.0 peratus) adalah dari kategori 3, 4, dan 5; dan
5,630 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan