26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023

Batal niat bunuh diri kerana tidak tahan sejuk

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki yang mengikat dirinya pada sebatang pokok membatalkan niat membunuh diri kerana tidak mampu menahan sejuk dalam kejadian di Bukit Headwood, Sungai Siput, Perak, hari ini.

Lelaki berusia lingkungan 40-an itu disyaki mengalami kemurungan itu dipercayai terikat pada pokok berkenaan sejak pukul 9 malam.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu oleh seorang penduduk yang mendengar jeritan lelaki terbabit pada pukul 7.45 pagi.

“Pemeriksaan di lokasi menemukan seorang lelaki dalam keadaan terikat kaki dan tangan dengan rantai pada sebatang pokok.

“Siasatan mendapati lelaki itu mengikat dirinya sendiri sebelum mencampak anak kunci. Dia dipercayai melakukannya sejak pukul 9 malam.
Ketika ditemukan, lelaki terbabit dalam keadaan lesu namun tiada sebarang kecederaan lain pada badanya,” katanya hari ini.

Baca juga:   Cemburu disyaki punca tukang masak mati dalam letupan

Menurut beliau, pihak bomba telah dihubungi bagi membantu membuka rantai tersebut.

“Lelaki dalam keadaan lemah itu dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk rawatan lanjut,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Program Menu Rahmah di IPTA dijangka selepas Aidilfitri

PROGRAM Menu Rahmah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijangka akan dilaksanakan selepas Aidilfitri. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos...

Lagi Artikel Berkaitan