31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

4,782 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEJUMLAH 4,782 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, pertambahan kes baharu itu menjadikan 2,436,498 kes kumulatif direkodkan ketika ini.

“Ia merupakan penurunan hampir 1,000 kes yang dilaporkan semalam, iaitu 5,666 kes,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, sebanyak 7,414 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,334,783 atau 95.8 peratus.

Menurut beliau, daripada kes baharu tersebut, sebanyak 15 kes adalah daripada kes import manakala 4,767 kes adalah kes tempatan.

“Kes tempatan yang di laporkan terdiri seramai 4,575 warganegara (96.0%) dan192 bukan warganegara (4.0%).

“Daripada kes baharu tersebut juga, sebanyak 96 kes (2.0 peratus) adalah daripada kategori 3, 4, dan 5.

“Sementara, sebanyak 4,686 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini.

Jelas beliau, terdapat 607 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) (514 kes disahkan COVID-19 ; 93 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) dan 300 kes memerlukan bantuan pernafasan (217 kes disahkan COVID-19 ; 83 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan sebanyak enam kluster baharu dilaporkan pada hari ini menjadikan kluster aktif kini mencecah 528. – Edisi 9


Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan