24.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 31, 2023

BKP secara ‘one-off’ mula dibayar esok – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BANTUAN Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 akan diberikan secara one-off bermula esok bagi membantu individu yang terkesan akibat Covid-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan berkenaan akan memberi manfaat kepada hampir 870,000 individu yang telah hilang pendapatan pada tahun 2021.

Menurutnya, kesemua bantuan tersebut melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga
Malaysia.

“BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau PERKESO dalam tahun 2021,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Ujar Ismail Sabri lagi, semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai 26 Oktober 2021 melalui Portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my.

Untuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan.

Baca juga:   250 kematian dilaporkan, 49 kes BID - COVIDNOW

“Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Wanita dituduh bunuh bekas suami di ladang kelapa sawit

SEORANG wanita tempatan dihadapkan di Mahkamah Majistret Tawau, Sabah, hari ini, atas tuduhan membunuh pemandu e-hailing yang juga bekas...

Lagi Artikel Berkaitan