31.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 23, 2022

4 warga asing ditahan terbabit kegiatan jual arak tiruan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

EMPAT warga asing ditahan pihak berkuasa dipercayai terbabit dengan kegiatan penjualan arak tiruan di sekitar daerah ini, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam, Superintendan Dimin Awang berkata, suspek berusia 19 hingga 44 tahun itu ditahan menerusi satu serbuan di sebuah pondok di Kampung Sungai Burung, Pekan Nenas di sini kira-kira jam 4.30 petang.

Katanya, operasi dilakukan juga mendapati sindiket ini turut menjalankan kegiatan secara bersembunyi dengan melakukan operasi memproses arak tiruan di satu ruang khas di bawah tanah kawasan pondok berkenaan.

“Siasatan awal mendapati suspek yang merupakan tiga warga Vietnam dan seorang warga Myanmar ini telah menjadikan ruang bawah tanah di kawasan pondok ini sebagai tempat memproses dan menjual arak tiruan.

“Kegiatan ini juga dipercayai telah aktif kira-kira setahun lalu dan modus operandi digunakan adalah dengan menyasarkan penjualan arak-arak ini kepada warga asing di kawasan sekitar,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Baca juga:   14,954 kes baharu COVID-19, Sarawak masih tertinggi

Dimin berkata, menerusi serbuan itu pihaknya turut bertindak merampas sejumlah barangan termasuk peralatan memproses bahan terlarang berkenaan.

“Antara barangan yang ditemui adalah berupa 210 botol plastik mengandungi cecair disyaki samsu, 20 liter cecair disyaki samsu, 10 kotak mauripan, tiga tong gas, dua set dapur dan gula.

“Kami juga turut bertindak merampas wang tunai berjumlah RM1,000 yang mana kesemua barangan ini dianggarkan bernilai RM15,992,” katanya.

Baca juga:   Hotel bajet jadi sarang pelacuran gadis Thailand digempur

Beliau berkata, tangkapan dan rampasan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian untuk disiasat di bawah Seksyen 75 Akta Eksais 1976. – Edisi 9

Terkini

Najib nafi kerajaan bakal berbelanja bilion bantu Sapura

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan kerajaan bakal membelanjakan berbilion ringgit untuk melaksanakan cadangannya berkenaan penyelamatan...

Lagi Artikel Berkaitan