29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

261 kes VOC dikesan; 259 kes varian Delta, dua kes varian Beta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 261 kes baharu Variant of Concern (VOC), telah dikesan yang melibatkan 259 kes adalah varian Delta (B.1.617.2); dan dua kes varian Beta (B.1.351).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia adalah hasil kajian berterusan yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Fakulti Perubatan Universiti Malaya (FOM-UM), Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE-UiTM), Institut Genom Malaysia (MGI), dan Pusat Kajian & Pendidikan Jangkitan Tropika UM (TIDREC-UM).

Menurutnya, FOM-UM telah mengenalpasti sebanyak 72 kes yang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2).

“Sementara, IMR telah mengenalpasti sebanyak 55 kes yang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2).

“iPROMISE-UiTM pula telah mengenalpasti sebanyak 46 kes varian Delta (B.1.617.2), MGI telah mengenalpasti sebanyak 46 kes iaitu 45 kes varian Delta (B.1.617.2) dan satu (1) kes varian Beta (B.1.351).

“Manakala, TIDREC-UM telah mengenalpasti sebanyak 42 kes iaitu 41 kes varian Delta (B.1.617.2) dan satu (1) kes varian Beta (B.1.351).

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 2,645 kes,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, daripada jumlah yang dikesan tersebut, 2,625 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.

“Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak; 2,385 kes varian Delta; 226 kes varian Beta; dan 14 kes varian Alpha.

“Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak 13 kes varian Theta; empat kes varian Kappa; dan tiga kes varian Eta,” katanya.

Melihat kepada perkembangan ini, Dr Noor Hisham menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan.

“Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat); amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn);
sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan,” katanya.

Katanya lagi, patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok.

“Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19.

“Di samping itu, dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita,” katanya.

Sehubungan dengan itu, ujar beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO.

“KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan,” katanya.-Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan